Copyright © i my me mine
Design by Dzignine
Monday, September 28, 2015

Jerebu hikhok

Salam alaiykkkk wehehehe

*mood tengah bahagia dapat cuti* lol

Harini bangun pagi lalok lalok sikit semalam tidur lamabat gilaaa kot gegara gosip ngn ely lama gilaaa hahahaha.

So bangun siap2 je, nak pergi sekolah tu dlm kete tgk pagi cam kabus, fefeeling mcm kat cameron sangatttttt rupanya jerebu tiba2 kat jb ni kemain teruk hariniiiii *batukbatuk*

Haa dengan akunya yg batuk dekat 3 minggu tak baik2 ni, tambah pulak jerebu memburuk ni, maka jadilah suara aku seperti rockers kalah ella sbb ella still ada suara, aku ni menjerit nak terkeluar anak tekak pun org belum tentu dengaq! T.T

Pastu harini ada sambutan raya korban and solat hajat perdana utk semua bebudak terutama yg nak exam ni lah. Then makan makan and makan. Apa aku perati en, aku ni asyik dpt kelas yg kuat makan dari dulu. Kerjanya mmg makannnn je. Upah pun bagi makan senyap sudaaa hahahaha. So ada la culik 2 dulang nasi bawak bungkus masuk kelas buat spare makan tengah hari padahal pagi dah makan dua dulang kah! Kuat gila memasing makan. Nak mampusss punya meletoppp peruttt harini *hancur niat diet aku. Niat.* cikgu kasi kteorg lebih2 sbb kteorg tolong cikgu basuh pinggan, letak dulang, basuh tong air bagai, maka dapat laaa nasi berdulang dulang lebih. Dulang ye. Kau paham2 la dulang makanan pnya banyak cemana en hahahaha.


Then dah habis kelas, masa nak balik tulahhhh yang tengok jerebu makin teruk bakhangggg. Sampai tak nampak bangunan sudah. (Aku nak attach gambar mcm tak dpt, pehal ntah). Sampai je rumahhhh, dapat whatsapp esok tak sekolahhhh!!! Johor semua sekolah tutup!!! Begitulah ceritanya XD maka aku pun baring2 dengan gembiranya sambil layan daehan minguk manse lulz sekiannnnn....

 

psst: Tetiba rasa untung jadi budak sekolah dapat cuti sekali hahaha. Kesian pulak kengkawan aku kat kl tu padahal sana pn teruk jugak. Mungkin kpt pikir dorg bernafas pakai insang agaknya sampai tk nak kuat kuasa cuti kt budak uni :P Kesiann~ bertabahlah rakan rakanku!



Saturday, September 26, 2015

Blogger apps *wink wink*


Salam...

Since aku dah download apps blogger kat phone ni boleh la aku bukak blog selalu and selalu selalu update. Ye la kalau kat laptop tu MasyaAllah lembab seperti kesiputan, nak tunggu screen je berejam maklumla windows kita pentium je fuhh. So gigih la aku download apps ni walaupun boleh tahan besar dia pnya mb tu

Rasa mcam nak rajin tulis blog balik walaupun merepek meraban sbb at least ada memori. Sebenaqnya aku terkilan sikit tak terasa nak selalu menghapdate blog ni masa zaman kat permata dulu. Padahal wifi atas bilik kauu kot dira, budusss baru sedar sekarang T.T

Kalau dari dulu buat mesti sekarang boleh enjoy baca balik memori lepas2 yg lama2. Dah la banyak gila gila banyak aku rasa memori kat permata tu yg unforgetable and forgetable yg boleh diingat kalau aku tulis blog lol hahaha what to do lahh benda dah lepas. Pasni kot kalau rindu boleh aku buat post throwback 1, throwback 2, throwback lagi dan lagi sampai muntah lewl.

Intend nak tulis balik tu sebab nak self satisfied je at least ada la tempat aku bebel sorang2. Kang kalau bebel kat orang panjang cemgini, jemu jelak orang nengok aku pun cabut agaknya huuu sadis beno kau dira hahaha.

Sekarang 1 A.M wehh esok kelas. Pehal la jerebu elok pulak harini, sebelum ni aku cuti seminggu kemain sakit anak tekak kita melalak batuk tak baik2 gara2 jerebu tu. Punah harapan den nak dapat cuti lebih ciss hahaha kbyeeee :P

*padahal aku nak re-vamp tau blog ni, boleh pulak tulis2 lagi hahaha. Pehal ntah aku beria beno nak memblogging balik, aku pn heran*

Thursday, September 24, 2015

blog :P



aku ingat nak re-vamp blog ni. sebab banyak sangat benda tak berpaedah langsung, tulisan yg tak bermanfaat gitu la. aku rasa gitu la. memang gitu pun sebenarnya. eceehhh acah ada orang baca :P but who knows? okay acah lagi  XD
tapi tunggu lah. takde masa wehh dah nak stpm lagi sebulan. fuhh cuakk cuak cuakkk!
Monday, August 31, 2015

kau tahu, aku kalau nak giveup aku boleh giveup.
tapi tak. aku belum give up lagi.

kuat kan aku?


kuat ke? ke tak? entahlah





physically strong, mentally broken.
Oh Allah, help me to be stronger inside and outside.
)':
Tuesday, June 9, 2015

Sakit penghapus dosa

Ngee la tajuk. Tetiba tadi saje nk bg makanan kat rohani.
Lama rasanya tak dgr ceramah. Dulu kt permata selalu la jgk usrah bagai at least ada lah santapan tu. Skrg kne pandai2 cari sendiri la kan :P
Cuma lately kak furah ada cadang usrah online Alhamdulillah sbb dok tgk aku murung je manjang mcm lost tkde org nk bantu. Ye la dh ddk rmh ni ssh sikit cari mknn rohani 😭 So kak furah kata boleh insyaAllah kita buat usrah online 😁

Tadi tertengok Tanyalah Ustazah. Haritu tgk pasal 'magnet cinta' tajuk dia.
Haa yg tu of course la psal cinta, jodoh etc. Saje gatal nk tgk en hehehe.
Tpi tadi tgk pasal 'sakit penghapus dosa'. Uishh pertengahan tu je sebak sampai ke dada, punyalah tk bersyukurnya aku kan.

Takde, dia just kupas psal org sakit. Aku bg conclusion jelah.
Sakit tu nikmat. Jgn prnah mengeluh. Nanti sia2 sakit sbb Allah tak redha. Asyik nk merungut je dgn apa Allah bagi. Padahal Dia bagi sakit sbb sayang. Tanam banyak2 dlm hati, Allah uji sebab sayang, sayang dan sayang. Barulah hati redha tak kira apa pn Dia bagi, teruk mana pn Allah uji, kita masih boleh terima 😊

Ada beberapa doa boleh amal time sakit contohnya cemni~

Ya Allah, Engkau yg mendatangkan penyakit ini Ya Allah, Engkau juga yg menyembuhkan Ya Allah. Tiada tuhan yg Maha Kuasa melainkan Engkau Ya Allah.

Ya Allah, sembuhkanlah penyakit ini dengan kesembuhan yg tiada kesakitan.
Kalau kesembuhan itu baik padaku, kau sembuhkanlah Ya Allah.

Kalau kematian itu lebih baik pada aku, maka Kau beri aku kematian yg sgt baik dgn kalimah hujung hayatku adalah Lailahaillah dan kau terima aku masuk ke dalam syurgamu yg paling tinggi.
Tapi doa yg psal kematian ni hanya boleh dibaca kalau seseorg tu dh terlampau tenat sahaja. Sebaiknya kita doa kita sembuh. Selagi boleh sembuh, kita mintak kita sembuh.

Untuk lapangkan dada kita, redha dgn apa Allah bagi, boleh la amalkan doa cemni~

Ya Allah, berilah aku pahala atas musibah ini dan gantikan dengan yang lebih baik.
Maksudnya yg lebih baik tu, kesihatan yg lg baik, atau rezeki dsb.

Okay dah. Moga bermanfaat. Hehehehehe ✌
Saturday, March 1, 2014

Bismillah :)


bisikku pada Tuhan yang satu.
lindungilah sahabatku ini di setiap langkahnya,
di setiap helaan nafasnya,
di setiap kelipan matanya,
di setiap degupan jantungnya.

banyak yang ingin ku pohon dan ku harapkan untuknya.
tapi, jika hanya satu sahaja yang dimakbulkan olehMu..
ku harap..
lindungilah iman di hatinya..
kerana dengan iman yang ada,
sahabatku pasti selamat di dunia dan akhiratnya :')

buat semua sahabat~ :*
Saturday, June 1, 2013

girls school??

salam...

hoho title~

oh sekolah perempuan~
kenapa ramai tk puas hati ek??
ok before that, this entry might be a bit longer than usual :P

dorg kata bdk girls school gedik, terhegeh hegeh ngadap lelaki, sekolah prmpuan tk best sbb tkde llki blablabla >_<
know what??
SEKOLAH PEREMPUAN SEBENARNYA LAGI SERONOK DARI SEKOLAH CAMPUR~
the awesomeness of them cannot be describe by any words! seriously.

ni yg rasa nk marah ni kalau ade yg ckp bdk girls school ni ini la itu la.
sedapppppp mulut je cakap~
u don't even know what's happening in girls school, don't simply judge us

bukan nk cari gaduh, tp kdg2 sakit hati, sedih la sng2 org ckp mcm2.
tk semua mcmtu kot?? some of them might be like that, but some okay2 je.

secara jujur cakap, sekolah prmpuan lg seronok.
kau bebas buat apa pn kau nak, tkpyh pikir control ayu depan llki ape suma.
kau nk pekik jerit dri hujung sekolah ke hujung pn, tkkn ade llki yg ckp "ape jenis prmpuan la"
serious. those moment in girls school sgt seronok.
we have fun. and mostly we are a bit gila2 sbb kteorg tkyh nk sebok control ayu spnjg masa.

jgn ckp sekolah cmpur lg best drpda skolah prmpuan kalau kau tk prnh rasa dua2 sekolah.
and kbnykkn ex girls school akn ckp skolah dorg best. kebanyakkan.

okay. enough.
sorry terkasar ayat dn sebagainya. maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki.
peace no war :)
wassalam~